CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
βœ”
413K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.03K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
πŠπ„πŒπ€π’ 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐒𝐓𝐀𝐓𝐔𝐒 𝐂𝐔𝐀𝐂𝐀 𝐏𝐀𝐍𝐀𝐒
26 Julai 2024
πŸ”ΈTerdapat 8 kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu (Larut&Matang) Perak, (Gombak) Selangor, (Kuala Krai) Kelantan, dan (Raub, Temerloh, Maran, Bentong dan Rompin) Pahang.
Tahap Berjaga-Jaga: Suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.
Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/
#metmalaysia
#statuscuacapanas
#NRES
#MalaysiaMADANI
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan laporan berita tidak benar yang tular di aplikasi WhatsApp mengenai dakwaan mpox kini merebak di Singapura.

Imej yang ditularkan π—•π—¨π—žπ—”π—‘ imej kes mpox tetapi merupakan imej mangsa kecederaan peluru tabur dalam artikel berita daripada satu laman sesawang luar negara pada 17 September 2022.

Usah terpedaya dengan mesej yang disampaikan. Elakkan juga daripada berkongsi mesej ini kepada ahli keluarga atau 'groupchat' yang lain. Rujuk sumber rasmi sahaja di platform media sosial KKM iaitu Facebook, Instagram ataupun aplikasi X.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Tanda jangkitan mpox adalah ruam dan lepuh di badan, terutamanya di muka, tapak tangan dan tapak kaki. Pesakit juga boleh mengalami demam, keletihan, sakit kepala, sakit otot, sakit belakang dan bengkak kelenjar limfa.

Golongan yang berisiko untuk penyakit mpox yang teruk ialah kanak-kanak, ibu mengandung dan pesakit yang mempunyai tahap imun yang rendah. Pesakit boleh mengalami komplikasi jangkitan seperti lesi pada kornea, radang paru-paru dan jangkitan kuman dalam darah.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Mpox (yang dahulunya dikenali sebagai monkeypox) ialah penyakit yang disebabkan oleh virus monkeypox (MPXV) daripada famili Poxviridae.
Pada masa ini, lazimnya jangkitan berlaku daripada manusia kepada manusia melalui sentuhan rapat dengan individu yang mempunyai gejala dan tanda jangkitan mpox.
Terdapat dua (2) jenis clade virus monkeypox (MPXV) yang diketahui boleh menyebabkan mpox iaitu clade I dan clade II.
#KKMSihat
#KKMPrihatin
#MalaysiaMADANI
LAPORAN TERKINI KEJADIAN BENCANA DI SELURUH NEGARA
(pada jam 4:00 PM, 19 September 2024)
Sumber: NDCC, NADMA
Untuk maklumat lanjut, layari https://portalbencana.nadma.gov.my/ms/laporan
#PekaAmaran
#PatuhArahan
#MalaysiaMADANI
#MalaysiaMadaniSiagaBencana
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
Perspektif Pakar Mpox
πŸ“Œ Apakah itu mpox? Clade 1 dan Clade 2?
πŸ“Œ Bagaimanakah penyakit mpox ini merebak?
πŸ“Œ Apakah gejala mpox?
πŸ“Œ Bagaimanakah ujian saringan dilakukan untuk mengesan mpox?
Anda tanya, pakar jawab. Dengarkan ulasan lanjut oleh Dr. Khairil Erwan Khalid, Pakar Perunding Perubatan Penyakit Berjangkit daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL).
#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMADANI
#PerspektifPakar
#AndaTanyaPakarJawab
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewujudkan portal rasmi mpox (mpox.moh.gov.my) untuk menyampaikan informasi terkini berkaitan mpox kepada orang awam dan petugas kesihatan.

Orang ramai boleh merujuk kepada portal tersebut untuk memastikan info yang dikongsi adalah tepat dan benar.

#KKMSihat
#KKMPrihatin
#MalaysiaMADANI
⚠️ Segera dapatkan rawatan daripada pasukan perubatan di Pusat Pemindahan Sementara Banjir (PPS) atau fasiliti kesihatan yang berhampiran sekiranya anda mengalami gejala seperti demam, batuk, cirit- birit dan sebagainya bagi mengelak penularan penyakit berjangkit bawaan air dan makanan di musim banjir.
β€œπ“π„π‘π”π’ ππ‘πˆπ‡π€π“πˆπ 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π 𝐀𝐍𝐃𝐀 πƒπˆ πŒπ”π’πˆπŒ ππ€ππ‰πˆπ‘β€
#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
⚠️ Orang ramai haruslah sentiasa mengambil langkah-langkah penjagaan kesihatan kendiri semasa musim banjir bagi mengelakkan kejadian penyakit bawaan air dan makanan seperti yang dikongsikan.
"𝐉𝐀𝐆𝐀 πŠπ„π’π„π‹π€πŒπ€π“π€π πƒπˆπ‘πˆ 𝐃𝐀𝐍 πŠπ„π‹π”π€π‘π†π€, 𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇 π’π„ππ„π‹π”πŒ 𝐓𝐄𝐑𝐋𝐄𝐖𝐀𝐓"
#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
LAPORAN TERKINI KEJADIAN BENCANA DI SELURUH NEGARA
(pada jam 6:00 AM, 10 Disember 2024)
Sumber: NDCC, NADMA
Untuk maklumat lanjut, layari https://portalbencana.nadma.gov.my/ms/laporan
#PekaAmaran
#PatuhArahan
#taatsetia
#MalaysiaMADANI
#MalaysiaMadaniSiagaBencana
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
RAMALAN CUACA SIGNIFIKAN

Berdasarkan analisis model-model cuaca terkini, luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan sehingga 31 Disember 2024. Keadaan ini berpotensi membawa hujan berterusan di timur Semenanjung dan Sabah dalam tempoh berkenaan.

Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengemas kini Amaran Hujan Berterusan (Buruk & Waspada) berkuat kuasa sehingga 30 Disember 2024.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Ketua Pengarah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)
Masa dikeluarkan: 1:00 tengah hari
Tarikh: 29 Disember 2024

#ramalancuacasignifikan
#metmalaysia
#NRES
#MalaysiaMADANI
πŸ“Œ Saksikan temu bual bersama Dr. Mohd Ihsani Mahmood, Pakar Perubatan Kesihatan Awam daripada Bahagian Kawalan Penyakit KKM yang akan membincangkan dengan lebih lanjut berkenaan penyakit 'human metapneumovirus' hMPV.

Platform: Selamat Pagi Malaysia RTM πŸ“Ί
Tarikh: 6 Januari 2025 (Isnin) πŸ—“οΈ
Masa: 8:15 Pagi
Topik: Wabak hMPV di China, Adakah Sama Seperti COVID-19?

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#MalaysiaMadani
#TaatSetia
Human Metapneumovirus (hMPV) adalah jangkitan saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus dari keluarga Pneumoviridae.
Jangkitan hMPV bukanlah penyakit baharu dan tidak diwajibkan untuk dinotifikasi di bawah Akta 342.
Gejala penyakit ini seperti batuk, sakit tekak, demam, selesema, dan sakit kepala adalah sama dengan gejala penyakit jangkitan saluran pernafasan yang lain.
Untuk mencegah jangkitan, amalkan langkah-langkah seperti kerap mencuci tangan, menutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin, serta memakai pelitup muka, terutama di tempat sesak atau jika bergejala.
Dengan meningkatkan kesedaran dan mengamalkan langkah pencegahan, kita dapat bersama-sama mencegah penyebaran jangkitan penyakit saluran pernafasan, termasuk hMPV.
Sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan untuk kesejahteraan semua.
#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
RAMALAN CUACA SIGNIFIKAN

Analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkinimenunjukkan luruan monsun dijangka berlaku pada 15 sehingga 19 Januari 2025.Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di selatan Semenanjung danSabah serta Sarawak dalam tempoh yang berkenaan.

Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengeluarkan AmaranHujan Berterusan (Waspada) yang melibatkan negeri Johor, Sabah dan Sarawakberkuat kuasa pada 16 hingga 19 Januari 2025.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuklaman web www.met.gov.my dan mediasosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumatyang terkini dan sahih.

Ketua Pengarah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)
Masa dikeluarkan: 2:30 petang
Tarikh: 14 Januari 2025

#ramalancuacasignifikan
#metmalaysia
#NRES
#MalaysiaMADANI
LAPORAN TERKINI KEJADIAN BENCANA DI SELURUH NEGARA

(pada jam 4:00 PM, 30 Januari 2025)

Sumber: NDCC, NADMA

Untuk maklumat lanjut, layari https://portalbencana.nadma.gov.my/ms/laporan

#PekaAmaran
#PatuhArahan
#taatsetia
#MalaysiaMADANI
#MalaysiaMadaniSiagaBencana
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan keampunan buat semua.

Salam Ramadan Al-Mubarak.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
πŸ’‰ KKM juga menyeru seluruh rakyat Malaysia β€” dari semua peringkat usia, termasuk bayi dalam kandungan πŸ‘Ά hingga ke warga emas πŸ‘΅πŸ‘΄ β€” agar mendapatkan imunisasi atau vaksinasi yang diperlukan di bawah Program Imunisasi Kebangsaan.

πŸ“Œ Perkhidmatan ini disediakan secara PERCUMA sehingga Oktober 2025 di klinik kesihatan kerajaan terpilih πŸ₯ dan boleh diakses melalui:
πŸ“² Tempahan janji temu di aplikasi MySejahtera
πŸšΆβ€β™€οΈ Walk-in ke klinik terlibat

πŸ“„ Untuk maklumat lanjut dan senarai klinik, sila layari:
πŸ”— https://covid19.moh.gov.my/makluman/senarai-pusat-pemberian-vaksinppv-di-malaysia

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani
πŸ“Œ Saksikan temu bual bersama Dr. Hafizah Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Kawalan Zoonosis, Kementerian Kesihatan Malaysia yang akan mengupas dengan lebih lanjut berkenaan COVID-19.

Platform: AWANI PagiπŸ“Ί
Tarikh: 26 Jun 2025 (Khamis) πŸ—“οΈ
Masa: 8.30 pagi
Topik: COVID-19: Ancaman Senyap Belum Berakhir

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaMadani #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
πŸ’‰ KKM juga menyeru seluruh rakyat Malaysia β€” dari semua peringkat usia, termasuk bayi dalam kandungan πŸ‘Ά hingga ke warga emas πŸ‘΅πŸ‘΄ β€” agar mendapatkan imunisasi atau vaksinasi yang diperlukan di bawah Program Imunisasi Kebangsaan.

πŸ“Œ Perkhidmatan ini disediakan secara PERCUMA sehingga Oktober 2025 di klinik kesihatan kerajaan terpilih πŸ₯ dan boleh diakses melalui:
πŸ“² Tempahan janji temu di aplikasi MySejahtera
πŸšΆβ€β™€οΈ Walk-in ke klinik terlibat

πŸ“„ Untuk maklumat lanjut dan senarai klinik, sila layari:
πŸ”— https://covid19.moh.gov.my/makluman/senarai-pusat-pemberian-vaksinppv-di-malaysia

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani