Ilmu Telegram
231 subscribers
5 photos
549 videos
474 links
Pelanggan boleh berinteraksi di Grup Diskusi bagi meningkatkan fahaman Telegram. Sila sertai grup Diskusi Ilmu Telegram untuk mengambil bahagian.
Download Telegram
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sampul Video di Saluran Video. Bila mengepos video dalam saluran, anda boleh pilih satu bingkai untuk guna sebagai sampul – atau muatnaik gambar kecil tersuai dari galeri anda.

Untuk pilih sampul video, tekan ikon 3 titik / dalam editor video dan pilih 'Sunting Sampul'.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bereaksi dengan Star sebagai Saluran. Pengguna boleh beri reaksi dengan Star untuk membantu saluran kegemaran mereka dan pencipta konten.

Reaksi Star juga boleh dikirim bagi pihak saluran anda – memberi anda kebolehan untuk mempromosi saluran anda dalam carta liga.

Untuk beri reaksi sebagai salah satu dari saluran anda, tekan gambar profil anda dan pilih saluran dari senarai.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bot Serupa. Seperti dengan saluran, profil bot kini mempamir senarai bot serupa – menampilkan servis popular, utiliti dan mainan.
1️⃣2️⃣ 🔠🔠🔠🔠🔠🔠🔠

Lebih dari 12 juta pengguna kini melanggan Telegram Premium.

Kami berterima kasih kepada semua pelanggan Premium kami di atas sokongan berterusan mereka — yang membolehkan Telegram terus mencipta ciri berkuasa yang telah menukar bagaimana hampir satu bilion pengguna berkomunikasi.

Tekan di bawah untuk mendapat langganan anda atau kirimnya sebagai hadiah untuk keluarga dan rakan handal.

🌟 LANGGANI atau 🎁 HADIAH PREMIUM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
👍1👏1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Mesej Star. Pelanggan Premium kini boleh set yuran untuk mesej masuk dalam bual privat atau grup supaya:

• Atasi skam (penipuan)
• Memonetari populariti anda
• Mengurangkan mesej tidak diingin
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kepastian Kenalan. Bila seseorang mesej anda untuk kali pertama, anda kini akan dapat lihat halaman info terperinci untuk membantu anda mengecam skamer dan menghindar penyamaran.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hadiah Premium Dengan Star. Anda kini dapat guna Star untuk menghadiah Telegram Premium kepada rakan – membuka kunci kepada ciri eksklusif, emoji tersuai dan lagi.

Anda boleh memperolehi Star secara pasif dengan:
• Mendayakan Mesej Star
• Menganggotai Program Afiliasi
• Menukar Hadiah Telegram
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hadiah Disemat. Hadiah pada profil anda kini boleh disemat dalam sebarang susunan terkumpul anda yang terbaik di bahagian atas halaman anda – dan pada sampul foto anda.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
⭐️ Mesej Star. Pelanggan Premium boleh mengeset yuran untuk mesej masuk dari pengguna bukan kenalan– untuk mengurangkan spam atau memonetari peti masuk mereka.

Di paras asal, kenalan anda dan mereka yang anda hubungi dahulu boleh mesej anda secara percuma. Mesej Star mendokong pengecualian terperinci untuk pengguna lain atau keseluruhan grup.

Mesej Star juga boleh didayakan dalam bual grup dan diskusi saluran.

Untuk dayakan mesej Star untuk bual privat anda, sila ke Tetapan > Privasi dan Sekuriti > Mesej. Untuk grup, dayakan ‘Caj Star untuk Mesej’ dalam seksyen Permisi.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kepastian Kenalan. Bila seseorang mesej anda buat kali pertama, anda akan nampak halaman info terperinci untuk membantu anda mengesan skam (penipuan) dan mengesahkan siapa mereka.

Halaman info mempamirkan negara nombor fon mereka, mana-mana grup dianggotai bersama dengan anda, tarikh mereka sertai Telegram dan sama ada akaun disahkan atau tidak.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hadiah Premium Dengan Star. Anda boleh guna Star anda untuk beri hadiah Telegram Premium kepada rakan – membuka kunci eksklusif seperti muatturun lebih pantas, berjuta emoji tersuai dan lagi.

Untuk menghadiah seseorang Telegram Premium, sila ke Tetapan > Kirim Hadiah dan pilih mereka dari senarai, atau buka Profil mereka dan tekan /> Kirim Hadiah.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Permesejan segera tulin - mudah, pantas, selamat, dan disegerakkan di semua peranti anda. Di antara aplikasi 5 teratas di dunia dengan lebih 1 bilion pengguna aktif.

CEPAT: Telegram adalah aplikasi permesejan terpantas di pasaran, menghubungkan manusia melalui rangkaian pusat data yang unik dan teragih di serata dunia.

DISEGERAKKAN: Anda dapat mengakses mesej anda dari semua telefon, tablet dan komputer dalam masa yang sama. Aplikasi Telegram adalah berdikari, jadi anda tak perlu hubungkan ke fon anda. Mula menaip di salah satu peranti anda dan selesaikan di peranti lain anda. Anda tidak akan sekali-kali kehilangan data.

TANPA BATAS: Anda boleh mengirim media dan fail, tanpa had pada jenis dan saiznya. Seluruh sejarah bual anda tidak memerlukan ruang disk pada peranti anda, dan akan disimpan dengan selamat di awan Telegram selama anda memerlukannya.

SELAMAT: Kami menjadikan misi kami untuk memberikan keselamatan terbaik yang digabungkan dengan kemudahan cara guna. Semua di Telegram, termasuk bual, grup, media, dan lain-lain disulitkan menggunakan gabungan penyulitan AES simetri 256-bit, penyulitan RSA 2048-bit, dan pertukaran kunci Diffie-Hellman yang selamat.

100% PERCUMA & TERBUKA: Telegram mempunyai API berdokumentasi secara percuma untuk juruprogram, aplikasi terbuka dan binaan yang boleh disemak untuk membuktikan aplikasi yang anda muat turun adalah dibina dari kod asal sama seperti yang diterbitkan.

BERKUASA TINGGI: Anda boleh mencipta grup bual sehingga 200,000 ahli, berkongsi video besar, dokumen jenis apa sahaja (.DOCX, .MP3, .ZIP, dll.) sehingga 2 GB setiap satu, dan menyediakan bot untuk tugas tertentu. Telegram adalah alat yang sempurna untuk menempatkan komuniti di talian dan menyelaraskan kerja berpasukan.

BOLEH DIPERCAYAI: Dibina untuk menghantar mesej anda dalam bait seminimum yang mungkin, Telegram adalah sistem permesejan yang paling dipercayai yang pernah dicipta. Ia dapat berfungsi walaupun pada sambungan mudah alih yang paling lemah.

SERONOK: Telegram mempunyai alat penyuntingan foto dan video yang berkuasa tinggi, stiker beranimasi dan emoji, tema yang boleh disesuaikan untuk menukar panampilan aplikasi anda, dan platform stiker/GIF terbuka untuk memenuhi semua keperluan ekspresif anda.

MUDAH: Walaupun menyediakan pelbagai ciri yang belum pernah dicipta sebelum ini, kami sangat berhati-hati untuk pastikan interfes yang sempurna. Telegram adalah tersangat mudah, anda pasti sudah tahu cara menggunanya.

PRIVAT: Kami memandang serius privasi anda dan tidak akan memberi akses data anda kepada mana-mana pihak ketiga. Anda boleh hapus mana-mana mesej yang anda kirim atau terima untuk kedua pihak, pada bila-bila masa tanpa meninggalkan kesan. Telegram tidak akan mengguna data anda untuk menunjuk anda sebarang iklan.

Bagi mereka yang berminat dengan privasi maksimum, Telegram menawarkan Bual Rahsia. Mesej Bual Rahsia dapat diprogramkan untuk musnah sendiri secara automatik dari kedua-dua peranti yang mengambil bahagian. Dengan cara ini anda dapat mengirim semua jenis kandungan yang musnah sendiri - mesej, foto, video, dan juga fail. Bual Rahsia menggunakan Inkripsi Awal ke Akhir untuk memastikan bahawa mesej hanya dapat dibaca oleh penerima yang sepatutnya.

Kami akan terus memperluas batasan yang dapat anda lakukan dengan aplikasi pemesejan. Jangan tunggu bertahun-tahun untuk mesenjer lama lain sampai ke tahap Telegram - sertai revolusi ini sekarang.
Forwarded from Pavel Durov (Paul Du Rove)
🏆 Telegram now has significantly over 1 billion monthly active users, becoming the second most popular messaging app in the world (excluding the China-specific WeChat) 🥈

🔼User engagement is also rising. On average, each user opens Telegram 21 times daily and spends 41 minutes on the app every day. Meanwhile, our revenue growth has exploded, with $547M in profit in 2024 💵

😺 Ahead of us stands WhatsApp — a cheap, watered-down imitation of Telegram. For years, they’ve desperately tried to copy our innovations while burning billions on lobbying and PR campaigns to slow us down. They failed. Telegram grew, became profitable, and — unlike our competitor — retained its independence 🗽

✉️ We are just getting started 😏
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hadiah Disemat. Sehingga 6 hadiah pada profil anda boleh disemat dalam mana-mana susunan untuk mengetengahkan terkumpul terbaik anda di bahagian atas halaman anda – dan pada sampul profil anda.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Panggilan Grup Selamat.
Panggilan Telegram 1-dengan-1 yang selamat kini boleh dengan mudah dikembangkan untuk sehingga 200 peserta.

Anda boleh tambah pengguna secara terus ke panggilan aktif – atau benarkan mereka sertai melalui link atau kod QR.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Panggilan Grup: Emoji Inskripsi.
Panggilan Telegram adalah dijamin keselamatannya dengan penyulitan awal-ke-akhir, yang mudah dipastikan dengan membanding emoji yang dipamir di skrin.

Jika emoji kelihatan serupa oleh semua peserta, panggilan adalah 100% selamat. Dalam panggilan grup, emoji akan dikemaskini setiap kali pengguna menyertai atau keluar dari panggilan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tetapan Hadiah.
Tetapan baru untuk hadiah membolehkan anda memapar ikon hadiah 🎁 di bar mesej, pilih hadiah siapa yang akan secara automatik dipamir pada profil anda – atau pilih jenis hadiah anda boleh terima dari pengguna lain.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Maju Pantas ke Kenalan Terbaru.
Pengguna kini boleh majukan pos di saluran ke Mesej Disimpan mereka atau kenalan terbaru dengan lebih pantas.

Tekan lama pada anak panah kongsi ➡️, leret jari anda ke bual yang mana anda ingin majukan mesej dan lepaskan.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pasaran Hadiah. Anda kini boleh guna Telegram Star untuk beli beribu hadiah jarang dijumpai dari pengguna lain di interfes yang selamat dan mudah diguna.

Untuk melayari pasaran, sila ke Tetapan > Kirim Hadiah dan buka tab ‘Jual Semula’.