CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
413K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.03K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
Musim cuti sekolah penggal pertama 2024 telah bermula dan berdasarkan laporan Minggu Epidemiologi ke-20 tahun 2024 iaitu mulai 12 Mei sehingga 18 Mei 2024, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,461 kes berbanding 2,338 kes pada minggu sebelumnya. Terdapat peningkatan sebanyak 123 kes bagi tempoh tersebut.
Oleh itu, pendekatan 'Sekolah kita BEBAS dari Nyamuk Aedes' diambil dengan menyarankan agar pihak sekolah serta kontraktor pembersihan yang dilantikmelakukan beberapa tindakan bagi mengawal dan menurunkan populasi nyamuk di sekolah semasa cuti sekolah. Ikuti langkah-langkah pencegahan denggi di sekolah.
#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
⚠️ Jangan ambil mudah dengan penggunaan telur dalam masakan.
🥚 Telur mudah tercemar dengan pelbagai kuman khususnya Salmonella. Ia menyebabkan gejala demam, kejang perut dan cirit-birit.
⚠️ Oleh itu, perhatikan dan buat penilaian sebaiknya sebelum membuat pembelian.
📢 Anda juga dinasihatkan untuk:
1. Membeli ikut keperluan
2. Simpan telur di tempat yang sesuai
3. Basuh telur sebelum guna
𝙆𝙚𝙨𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙈𝙖𝙠𝙖𝙣𝙖𝙣 𝙏𝙖𝙣𝙜𝙜𝙪𝙣𝙜𝙟𝙖𝙬𝙖𝙗 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖
#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Kek, kuih-muih, nasi goreng mahupun pelbagai menu 🍰🥟🍚 lain menggunakan telur sebagai bahan asas. Oleh itu, telur merupakan antara makanan ruji bagi masyarakat khususnya rakyat Malaysia. Namun, penggunaan telur 🥚 yang telah rosak boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan.
Dikongsikan cara untuk mengenal pasti tahap kesegaran telur. Ingat‼️Pastikan anda sentiasa mengamalkan konsep 𝗟𝗜𝗛𝗔𝗧, 𝗕𝗔𝗨 dan 𝗥𝗔𝗦𝗔 sebelum dimasak. Telur yang telah rosak akan berbau busuk.
#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani