CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
413K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.03K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
Berikut adalah tindakan Duyufurrahman kekal sihat sebelum, semasa dan selepas menunaikan fardu haji.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Virus MERS boleh menjangkiti manusia daripada unta baka arab yang dijangkiti virus MERS-CoV melalui kontak langsung atau tidak langsung (pengambilan produk unta seperti daging dan susu mentah).

Ia tidak mudah merebak daripada manusia kepada manusia melainkan melalui kontak rapat tanpa perlindungan dan boleh berlaku ketika menjaga pesakit MERS tanpa perlindungan.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Cuaca panas adalah situasi di mana suhu persekitaran melebihi daripada suhu pada hari biasa.

Pendedahan kepada cuaca panas boleh memberi kesan kepada kesihatan manusia daripada ringan kepada teruk.

Faktor yang boleh meningkatkan risiko strok haba adalah seperti pendedahan yang lama dan secara langsung kepada cuaca panas dan dehidrasi.

*Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2023. Klik https://rb.gy/6wjhe untuk edisi penuh.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Enam penyakit kronik utama yang dikaitkan dengan kematian akibat komplikasi denggi
👉 Hipertensi
👉 Diabetes
👉 Obesiti
👉 Hyperlipidemia
👉 Penyakit jantung
👉 Penyakit buah pinggang

Aedes membunuh! Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

#ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #GotongRoyongMegaOnePointZero #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #RoadMapToZeroDengueDeath #ASEANDengueDay #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Berikut merupakan golongan yang berisiko mendapat penyakit strok haba

👶 Bayi kecil dan 🧒👧 kanak-kanak
🤰 Ibu mengandung dan 🤱 menyusu anak
🧓👵 Warga emas
🩺 Mempunyai penyakit kronik
👷 Bekerja di bawah panas terik matahari
☀️ Melakukan aktiviti fizikal di kawasan terik matahari

*Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2023. Klik https://rb.gy/6wjhe untuk edisi penuh.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama