CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
413K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.03K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
Penyakit #Kusta juga dikenali sebagai penyakit “Leprosy” atau “Hansen’s disease” sempena nama penemunya, Gerhard Armauer Hansen pada tahun 1874. Ianya juga adalah penyakit berjangkit yang kronik dengan penglibatan kulit dan saraf yang ketara disebabkan oleh bakteria Mycobacterium Leprae.

Penyakit ini melibatkan kulit, saraf-saraf periferi, system pernafasan dan juga organ mata.

Berikut dikongsikan gejala dan petanda serta penyebab penyakit kusta sebagai panduan.

Segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai gejala penyakit kusta untuk rawatan lebih lanjut.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama
🦟Denggi merupakan penyakit yang disebarkan melalui nyamuk Aedes yang boleh memindahkan virus daripada satu individu kepada individu yang lain. Demam Denggi boleh mengakibatkan kematian.
📍Oleh itu, orang ramai perlu mengambil langkah pencegahan dengan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes demi mengekang penularan denggi.
Ambil tindakan pencegahan proaktif bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti dari ancaman demam denggi.
Ambil peduli, nyamuk Aedes tidak mengenal mangsa.
#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama
Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan keampunan buat semua.

Salam Ramadan Al-Mubarak.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
Pencemaran silang adalah pergerakan fizikal atau pemindahan bakteria berbahaya dari orang, bahan mentah atau kawasan yang kotor ke makanan yang siap dimasak atau makanan yang dimakan terus.

Pengendali makanan atau pekerja yang tidak menjaga kebersihan peralatan penyediaan makanan boleh menyebabkan pencemaran silang.

Pencemaran silang juga boleh berlaku di rumah semasa kita menyediakan makanan di dapur. Peralatan seperti papan pemotong boleh menjadi medium untuk pencemaran silang berlaku.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama
Dengan itu berlalulah Ramadan yang menjadi madrasah untuk melatih kita menjadi insan yang lebih baik dan hamba-Nya yang lebih beriman dan bertaqwa.

Buat seluruh petugas barisan hadapan terutamanya petugas kesihatan, setinggi-tingginya penghargaan saya sampaikan daripada diri dan keluarga kepada kalian.

Semoga Allah SWT memberi rahmat dan keampunan, serta menerima segala amalan kita.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin buat semua, di mana sahaja anda berada!

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama